Hari ini merupakan hari yang agak panjang sepanjang cuti Tahun Baru Cina. Aku bangun pukul 10 pagi (antara waktu yg terawal sepanjang minggu ini). Perkara pertama yang aku lakukan ialah menelefon kawanku si regina^, kononnya utk mengejutkannya, tapi rupanya aku yang terkejut kerana dia telah bangun di waktu itu.
Selepas mandi dan aku tengok sebungkus nasi lemak di meja makan (pasti ayah ku yg belikan). Alangkah bestnya kalau parent aku sentiasa ada di sini…
Kemudian aku belek akhbar untuk melihat apa yang dihidangkan di panggung wayang di KL. Buli Balik…hmmm sounds kewll.. Tepat jam 12, ayah dan chè dah bersiap utk keluar, berdua… hmm sounds romantic. Biasanya mereka akan keluar dengan ku (aku sebagai driver).
Kebosanan, aku keluar seorang menuju ke Maybank Wangsa Maju. Ada sedikit urusan perbankan harus di selesaikan. Masuk ke ATM ada 2 orang lelaki dan seorang perempuan di depanku. Sampai giliranku aku berasa hampa kerana mesin itu tidak mempunyai fungsi yang aku iginkan, atau fungsi itu di’off ‘ di hari cuti umum? Secara asasnya aku ingin menukar had jumlah pengeluaran wang ku. Mission Fail.
That’s it. Hari ini dalam sejarah.
I II III IV XXVII LIV LV LXXVII XCV CIII CXXXIII CXXXIV
No comments:
Post a Comment