Ilman day by day

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, June 18, 2010

Adakah Kerajaan Dengar Rintihan Rakyat ??

PM kita pakai slogan yang catchy, i have to admit it.

"1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Memang catchy dan tak pelik kalau kita kena hire foreign (Israel
affiliated) publicity firm, untuk cipta slogan yang catchy tu. Tapi orang
Malaysia dan manusia secara umum nya boleh melihat sesuatu dari dua
perspektif. Ada orang tengok "Gelas separuh penuh" ada orang tengok "Gelas
separuh kosong". Sama juga dalam kes slogan ini.

"Rakyat didahulukan", dari satu sudut bunyinya macam bagus dan baik.
Kerajaan prihatin dan letak kepentingan rakyat di hadapan (didahulu).
Bravo!!! Tapi, bak kata Mat Salleh "Action speaks louder than words",
tengok apa yang kerajaan telah/sedang/akan buat. Semuanya mendahulukan
rakyat (dari sudut yg negatif).

Kena implement GST - Rakyat kena dahulu
Subsidi dikurangkan/dihapuskan - Rakyat kena dahulu
Enjin Jet Hilang - Duit rakyat kena dahulu
Kes PKFZ - Duit rakyat kena dahulu
Inflasi dan ubah gaya hidup - rakyat kena ubah dahulu

Yang peliknya kenapa asyik2 rakyat yg kena dahulu, apa yg pemimpin
buat/ubah kearah kebaikan negara?? Pernahkah terfikir...
Kurangkan elaun menteri kabinet.
Kawal atau limit perbelanjaan entourage PM. Siapa yg tiada kaitan tidak
perlu ikut.
Kenapa perlu sponsor iklan dlm New York Post (??) utk First Lady
Malaysia (??).
Projek2 mesti discrutinize, kenapa di berikan kepada kroni yang tak
mampu buat, yang akhirnya akan di sub kepada orang lain. Stooopid!!
Duit negara dari pelbagai sumber (cukai, petroleum, industri,
perladangan, etc) mampu dan cukup untuk perbelanjaan negara ini. Tetapi
apabila ada PEROMPAK dikalangan ahli politik dan ahli perniagaan, maka
rakyat dibawah ini lah yg terseksa.

Awas BN - jangan ingat rakyat mudah untuk diperkotak-katik kan. Rakyat muda
sudah celik, bersiap sedialah dikala PRU13 nanti.

p/s: Jangan curi duit rakyat utk suap kroni2 kamu dalam PRU-13 nanti. Aku
mmg tak halalkan.

No comments: