Bismillahirrahmanirrahim (Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Mengasihi).
Sudin kawanku telah selamat diijabkabulkan dengan isterinya (sori nama lupa), majlis kenduri belah perempuan telah diadakan di Bandar Seri Permaisuri. Kami berempat aku, Kimi, Emin dan sorang kwn aku dr kelantan (tiada kaitan dgn Sudin) berkunjung ke kenduri itu utk memberi penghormatan kepada salah seorang sahabat baik (rakan serumah (Rumah 20), rakan secourse, rakan semoto)yg bernama Samsuddin Abdul Aziz.
Sudin mmg nampak bersedia dgn utk memulakan tugas baru sebagai seorang nakhoda bahtera keluarga. Tanggungjawab yg tidak kecil namun wajib dilaksanakan oleh semua umat Nabi Muhammad yg bernama lelaki.
Ketika aku sampai ke majlis, kebetulan rombongan Sudin juga baru sampai. Kelihatan dia memakai baju melayu berwarna ungu muda, bersampin, bertengkolok dan berkeris...gah!! sekali seperti Sultan Melayu. Pada mulanya dia kelihatan amat serius, mungkin ada sesuatu yg merunsingkan kepalanya. Lantas aku menyapa nya, seperti kebiasaan yg aku lakukan "Weh Dingg". Dia tersengih, senyuman yang biasa aku lihat.
Aku memuji 'kehebatan' gayanya pada hari itu, masih sempat dia berlawak "Tengok nih, aku ado kerih. Kerih betul ni" sambing memegang keris yg tersisip dipanggangnya. Aku senyum sahaja.
Dipendekkan cerita, aku pun pergilah 'sappadam' dgn rakan2 yg lain memberi ruang kepada kaum keluarga kedua2 belah pihak menyelesaikan adat dan istiadat. Sudin semoga kalian berdua bahagia selamanya.
p/s: Aku beri penghormatan kpd mung 'Ding' dengan menjadi objek gambar pertama didalam blog aku.... heheh.. .."hebat dokk?"
1 comment:
*sedih*
Post a Comment