Ilman day by day

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, August 27, 2006

Manusia Hanya Merancang Tuhan Jua Menentukan!!

Perbualan SMS
-------------

me:"wey slamat pengantin baru. Sori x dpt dtg."
- aku antar SMS kat member aku yg akan kawin today 26/8/06. Dia hantar kad kawin dia lebih kurang sebulan lalu. Boleh dikatakan kad kawin dia tu agak 'kewl' sbb ada gambar dia dan tunang dia berlatar belakangkan KLCC!

En J:"Sori beb. aku x jd kawin la. kansel sume xde. next time"
- aku terkejut mendapat jawapan begini. semacam satu kenyataan yg tidak dapat diterima oleh kepala otak aku ini. Persoalan besar yg keluar, Kenapa?

me:"Astagfirullah. Sabar bro. Ad hikmah tu. Nanti lain kali story"
- wpun aku mmg ingin tahu apa yg sebenarnya terjadi (bukan bermaksud utk bergossip tetapi utk menjadi teladan) namun aku simpan dulu petanyaan besar itu, kerana situasi yg masih 'panas' ini.

En J:"Dun wori bro i'm fine. kt doa je la"
- wpun jawapannya nampak tenang, namun hanya Tuhan shj yg tahu betapa bergeloranya hatiNya, apakan tidak menara yg ingin dibina hancur musnah begitu sahaja.

Rupa2nya En J penah menghantar sms yg berbunyi seperti berikut, 2 hari sebelum ini.
En J:"A'kum bro. minta maaf majlis kawin kansel tp kenduri d melaka ttp ada. djemput hadir"
- mmg aku telah baca msg itu pada hari tersebut, namun tafsiran aku pada masa itu adalah berlainin. Pada mulanya aku membayangkan upacara 'kawin' (bersanding dan sebagainya) yg kansel tetapi mereka masih di akad nikahkan, namun hal yg langsugn tidak aku terfikir terjadi. Jika tidak masakan aku masih memberi ucapan tahniah padanya dihari ini.

Terkedu aku memikirkan perkara ini. Suatu perjalan perhubungan yg panjang, yg sudah menghampiri ke jalan yg halal, hanya menantikan satu ijab kabul utk dimaktubkan, tiba2 terkandas di pintu pelamin. hmmmmmmmm...... sungguh menyedihkan. :(

Semoga Allah menjaukan aku dari ujian sebegini. Amin.

No comments: