Ilman day by day

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 25, 2008

Daulat Tuanku

Tiada undang-undang yang lebih tinggi dari Hukum Allah. Selama mana seseorang itu menegakkan hukum Allah, akan ku turutinya, dokongnya dan mempertahankannnya.

Beberapa hari kebelakangan ini, kelihatan cabaran yang amat berani dari kalangan Pihak Eksekutif (baca UMNO) terhadap Institusi Raja Melayu. Sebuah institusi yang wujud beratus tahun dari zaman Prameswara hingga sekarang sedang di cabar oleh puak2 nasionalis yang kononnya memperjuangkan hak2 orang melayu. Daulat Tuanku.

Lebih parah apabila Institusi Raja berkenaan adalah di Terengganu yang mana Baginda Sultan adalah Yang Di Pertuan Agong Malaysia, Ketua Negara Malaysia. Seperti yang saya katakan diatas pantang anak melayu merdehaka kepada Baginda Sultan, melainkan baginda melanggar hukum2 Allah. Label merdehaka kepada Baginda Sultan amatlah jijik dan dipandang hina oleh rakyat jelata. Daulat Tuanku.

Di dalam kes SPBYD Agong Tuanku Mizan, Baginda adalah generasi baru Monarki yang mempunyai pandangan berbeza dari Monarki yang terdahulu. Kerana itulah Baginda BERANI untuk mempertahankan rakyat jelatanya dari penindasan yang melampau dari Badan Eksekutif. Hamba percaya generasi baru monarki Malaysia serperti Tuanku Mizan, Raja Nazrin, Tengku Faris Petra dan lain2 akan membawa gelombang perubahan yang baik untuk rakyat Malaysia. Daulat Tuanku.

Memang benar kekuasaan Sultan makin terhapus setelah kedatangan British, selepas merdeka dan selepas Mahathir mengurangkan kuasa Raja2 Melayu di awal 90an (jika tidak silap). Institusi Beraja ini wajib di pertahankan oleh SEMUA ORANG MELAYU dan RAKYAT YANG INGIN BERNAUNG DIBAWAH PANJINYA. Daulat Tuanku.

Janganlah kita lupa bahawa, Sultan adalah payung negara. Raja-raja adalah sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Daulat Tuanku.

Wahai orang2 UMNO, ingatlah dah hayatilah kembali rukun negara. Jangan kerana gilakan kuasa kalian sanggup meruntuhkan Institusi Raja seperti mana yang berlaku di Turki. Baginda Tuanku sayang dan kasih kepada rakyatnya, mengadap dan berbincanglah demi kebaikan Rakyat Malaysia dan rakyat Terengganu khususnya. Daulat Tuanku.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

2 comments:

Fadhil Luqman said...

I, much like you, have more respect for the Royal Families than these idiot politicians. Daulat Tuanku!

Anonymous said...

Daulat Tuanku!