*Kisah benar sepertimana yang ditulis oleh sahabat baik ku.
Salam Ramadhan,
Malam semalam aku saksikan dengan mata aku sendiri, bagaimana cubaan pihak
UBN-JAWI cuba menghalang majlis-majlis ilmu di masjid..
Peristiwa berlaku di masjid ar rahman (dekat UM)… lazimnya, di masjid ni
ada majlis tazkirah selepas 4 rakaat tarawih (mungkin satu-satunya masjid
dalam jajahan JAWI yang berani buat majlis ilmu kot dalam bulan puasa ni),
kemudian solat tarawih diteruskan hingga 20 rakaat.
Tapi semalam lepas 8 rakaat, berlaku pertikaman lidah antara pentadbir
masjid dgn sorang yang tak dikenali. Orang yang dikenali tu kelihatan macam
amno totok je… pakai baju melayu lengkap siap bersongkok tinggi lagi,
memang gaya jarang berjemaah kar surau masjid pun….
Jemaah lain-lain mula bising dan turut bagitahu yang "kami nak dengar
tazkirah", etc…
Berlaku perbincangan etc.. pengerusi masjid aku tengok dalam keadaan
serba-salah….. cukup panas masa ni, jemaah ada dah mula laung takbir… aku
pun menyirap darah dgn geng2 yang tak pernah kunjung ke masjid, tapi dok
sibuk nak sekat aktiviti masjid…. Sudahnya, pengerusi masjid kata malam ni
yang terakhir kita buat tazkirah, malam seterusnya, kita terpaksa solat
tarawih 20 rakaat,,,
Kemudian, lepas tolak-ansur etc, tazkirah pun boleh berlangsung… ustaz yang
bagi tazkirah ni tanpa buang masa terus hentam je golongan2 yang dok rajin
sekat perkembangan islam dan sekat majlis2 ilmu nih… memang cukup pedas
tazkirah semalam… dengar tazkirah semalam, memang puas hati.
mamat songkok tinggi tu pulak duduk kat depan sekali, memang tak keruan
mukanya.. sudahnya buat2 baca sms dan angkat telepon,slow je bangun pergi
ke belakang mengundur diri…. Huh, bengong betul… udahle masjid tu memang
ramai, sorang je songkok tinggi dikerumuni jemaah berkopiah putih.. haha..
ntahlah, aku pun tak paham, apasal sesetengah pihak alergik sangat dengan
majlis2 ilmu nih? Kalau malas nak dengar kuliah, ceramah atau tazkirah, pi
dok jauh2 kat rumah nun… ramai orang lain masih dahagakan ilmu pengetahuan…
aku rasa siri pengajian dan tazkirah2 kat masjid ar rahman tu takdelah
berbaur politik sangat pun… banyak ilmu2 hadis, tafsir quran, motivasi atas
sirah boleh kita dapat.. Cuma biasalah, kadang2 terselit sikit2 lawak
politik dalam kuliah tu…. Takkan sebab tu nak dijadikan alasan untuk sekat
majlis ilmu? Sebab sikap gomen macam nilah, masyarakat makin hilang punca,
akibat kurang pendedahan dgn kefahaman agama……….
Paling tak paham ialah, bagaimana orang yang tak pernah berjemaah di surau
dan masjid, sanggup datang ke masjid siap berbaju melayu lengkap
semata-mata nak sekat aktiviti orang dalam masjid….. udahlah datang naik
Merc S Class… sombong bukan main…
Tarawih tu kan solat rehat2… diselang-seli dengan rehat… ulama' nusantara
dulu dah budayakan kita berselawat antara tarawih 2 rakaat… apa salahnya,
kita di zaman moden ni ambik kesempatan tarawih dengan diselang-seli dgn
tazkirah pulak? Jumud sungguh jawi dan gomen nih…
Apa2 pun, tindakan semalam oleh jawi, pada aku adalah ditunjangi UBN… apa
yang boleh aku katakan memang umno bangsat! Umnolah yang memandulkan
institusi agama di Malaysia…
Maaf, kalau kasar bahasa…. Sekadar luahan hati je…
1 comment:
sangat setuju. mereka inilah pembinasa agama sebenarnya yang lebih teruk dari kafir laknatullah. orang2 yang mengaku Islam tetapi menyekat perkembangan Islam.
Mudah2an kita terlindung dari menjadi seperti mereka
Post a Comment