Ilman day by day

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 24, 2010

Akan Pisang Berbuah Dua Kali

Peribahasa melayu "takkan pisang berbuah dua kali" dah tak boleh pakai.
Sila baca dibawah.

Lepas ni jumpa "kucing bertanduk" pulak ye...









January 24, 2010 17:04 PM




Pisang Berbuah Dua Kali


LANGKAWI, 24 Jan (Bernama) - Seperti perumpamaan "Pisang tak akan berbuah dua kali", tapi lain
pula berlaku di projek tanaman pisang berangan di kawasan FELCRA Teluk Yu, Ayer Hangat Langkawi
apabila sepohon pokok pisang berbuah dua kali.

"Saya terperanjat apabila mendapati sepohon pokok pisang yang telah ditebang tiga minggu lepas
mengeluarkan semula jantung bersama lapan sikat pisang dari bekas tunggul yang ditebang," kata
seorang pekebun Abu Bakar Hashim, 46, dari Kampung Ewa kepada Bernama di sini pada Ahad.

Katanya sebelum itu, setandan pisang dengan enam sikat telah diambil tiga minggu lepas,
bagaimanapun beliau tidak ke kawasan pokok pisang itu selepas dari tarikh itu sehingga keanehan
disedari apabila bekas tunggul yang ditebang mengeluarkan jantung dan buahnya sejak tiga hari
lepas.

Abu Bakar antara 20 peserta projek tanaman pisang sebagai tanaman kontan bersama getah
membabitkan keluasan keseluruhan melebihi 39 hektar.

Ini adalah julung kali saya melihat pokok pisang berbuah dua kali, ini adalah kekuasaan Allah,
kata Abu Bakar.

Kejadian aneh itu turut mendapat perhatian ramai antaranya ketua projek tanaman pisang, Yum
Othman yang terkejut dengan berita itu.

"Sepanjang hayat saya tidak pernah melihat keanehan saperti itu," katanya.

-- BERNAMA


(Embedded image moved to file: pic21085.jpg)

No comments: