Ilman day by day

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 30, 2010

Starbuck dan Coffe Beans HARAM ??

Assalamualaikum SWT,
Sejak masyarakat umum pandai menggunakan email, telah acap kali email yg
palsu disebarkan dan didakwa benar. Disebabkan kemudahan menggunakan email,
dengan satu click 'forward' and boleh menyebarkan berita itu kepada beribu2
penerima, maka amat cepatlah sesuatu berita itu tersebar.

Jika tuan-puan masih ingat, satu email berkaitan dengan mimpi penjaga makan
Nabi Muhammad SAW pernah tersebar, kononnya sesiapa yg menyebarkannya akan
memperolehi rahmat dan sesiapa yang tidak akan ditimpa bencana. Tidak
berhenti disitu sahaja, ada juga email berkaitan kedai itu dan itu, antara
yang pernah dihebohkan adalah (kedai mamak, nasi lemak antarabangsa, etc).
Ada juga yang berkaitan produk (mee hoon , kuey teow, daging burger, ayam
KFC, etc).

Adakah IMAN + AKAL masyarakat dewasa ini terlalu lemah untuk menentukan
yang haq dan yang batil. Tidak dinafikan ada perkara yang kabur (grey
area), tapi disitulah perlunya kita menyelidikinya. Bertanya kepada yang
berilmu atau yang berkuasa. Kepada yang menulis dan menyebarkan berita yang
benar untuk tujuan menjaga kesucian agama, saya doakan Allah merahmati
kamu.

Bagi yang menerima email yang berkenaan janganlah terlalu GHAIRAH untuk
meng'forward' email2 yang belum sahih kepada 'mailing list' kamu. Apa yang
kamu sebarkan mungkin FITNAH. Dan janganlah kita menyuburkan lagi budaya
FITNAH di akhir zaman ini.

Jika anda berkeupayaan untuk memastikan kebenaran berita itu, silalah
berbuat demikian. Jika terbukti benar, sebarkanlah, semoga Allah merahmati
anda. Jika palsu, hentikan penyebaran dan sedarkan orang yg menghantarkan
kepada anda. Jika anda tiada upaya untuk memeriksa berita itu, baca dan
simpan sajalah untuk anda.

Dibawah ini disertakan jawapan bagi satu email berkaitan dgn "Adakah
Starbuck dan Coffe Beans Haram?".

Jawapan diperolehi dari Website JAKIM --->
http://www.halaljakim.gov.my/aduan_siar_c.php?id=7436&a=U
(Embedded image moved to file: pic02995.jpg)


Email yang disebarkan
Subject: JAKIM Announcement - Starbuck/coffee bean haram

Starbucks HARAM,

ISO 9002 JABATAN IMEGRESAN HALIMAH BINTI HAMZAH

PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean
and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is
from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n
alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim
friends.

Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
Thank you

INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKAN
KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN...

No comments: